Sejak belakangan ini ,semangat patriotisme dikatakn semakin luntur terutamanya golongan remaja. Hal ini membimbangkan semua pihak, terutamanya pihak kerajaan. Oleh itu, semua pihak perlulah mengambil langkah- langkah yang drastik dan berkesan untuk meningkatkan semangat ini.
Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mengatasi masalah ini. Ibu bapa harus menjadi teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa hendaklah membeli barangan buatan Malaysia, dan sentiasa mendidik dan mengasuh anak mereka tentang kepentingan untuk membeli atau mengguna barangan buatan Malaysia. Bak kata pepatah, bapa borek, anak rintik. Selain itu, ibu bapa juga perlu membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan semangat patriotisme bersama dengan anak-anak mereka sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Selain itu, kerajaan juga perlu menyiarkan rancangan-rancangan yang berkaitan dengan semangat petriotisme melalui media massa seperti radio, televisyen ataupun internet. Cara ini bukan sahaja cepat disampaikan kepada golongan remaja malahnya dapat disampaikan kepada golongan remaja dalam seluruh negara. Hal ini kerana golongan remaja masa kini selalu terlibat dalam media massa. Bukan itu sahaja, menyebarkan semangat patriotisme melalui media massa boleh meningkatkan minat dalam golongan remaja supaya berkesan dalam meningkat semangat petriotisme.
Di samping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga haruslah memasukkan isu-isu yang berkaitan dengan semangat patriotisme ke dalam Pendidikan Moral ataupun Pendidikan Sivik. Selain itu, guru-guru juga harus menerangkan kepentingan semangat patriotisme kepada pelajar termasuklah pelajar sekolah rendah. Hal ini dapat menjadikan remaja yang seterusnya akan mengambil hati terhadap semangat patriotisme. Hal ini dapat menjadikan mereka mengenang budi dan jasa tokoh-tokoh yang berusaha memperjuangkan kemerdekaan kepada negara kita supaya mereka tidak akan bagai kacang melupakan kulitnya.
Akhirnya, semua rakyat Malaysia haruslah bekerjasama untuk mengamalkan sikap yang menyokong barangan keluaran Malaysia. Hal ini amat penting kerana remaja akan mengikuti sikap ramai orang . Kecuali itu, kedai runcitataupun pasar raya dan sebagainya haruslah lebih sokong kepada barangan buatan Malaysia dengan menjual barang keluaran Malaysia untuk meningkatkan semangat patriotisme. Hal ini amat penting kerana telah memberi peluang kepada pemberi untuk menyokong barangan buatan Malaysia serta mengingatkan pengguna menggunakan barangan buatan Malaysia.
Tuntasnya, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing mengambil pelbagai strategi untuk mengatasi masalah keruntuhan semangat patriotisme supaya ekonomi negara dimajukan serta menjadikan negara cemerlang, gembilang, dan terbilang.